KONSORTIUM PERUMAHAN RAKYAT TERENGGANU SDN. BHD.
" Kediaman Selesa Komuniti Bahagia "
 

KONSEP PEMBANGUNAN.

Konsep Perumahan Rumah Kos Rendah oleh KOPERAT adalah mengikut konsep Co-Developer, 'Design and Built' dan Pemberian Kontrak. KOPERAT digalakkan menggunakan teknologi baru yang boleh mengurangkan kos pembinaan terutamanya kos pembangunan. Bagaimanapun, penggunaan teknologi baru tersebut hendaklah mematuhi piawaian yang ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan-jabatan Teknikal.
Rumah Kos Rendah yang akan dibangunkan oleh KOPERAT adalah berdasarkan pelan bangunan piawai (Standard) iaitu mengandungi ciri-ciri seperti keluasan lantai 650 kaki persegi dan bilangan bilik tidur sebanyak 3 buah serta bilik air (mandi) dan tandas berasingan.
Lain-lain rekabentuk adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.
KOPERAT juga diberi kebenaran untuk membina Rumah Bercampur (Komersial) bagi memenuhi permintaan pasaran daripada penduduk tempatan.

Ke Atas

 

KONSEP PERLAKSANAAN DAN PEMBIAYAAN.

Pembinaan Rumah Kos Rendah sebanyak 10,000 unit dalam tempoh lima (5) tahun Kontrak dicadangkan kepada KOPERAT adalah secara Co-Developer, 'Design and Built' dan Pemberian Kontrak.
KOPERAT akan menjual rumah-rumah tersebut kepada mereka yang layak untuk mendapatkan Pinjaman daripada Kerajaan, Bank dan Secara Tunai dengan harga dari RM 30,000.00 hingga RM 68,000.00 seunit berdasarkan kepada senarai yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Pembelian Rumah projek KOPERAT adalah digalakkan mendapat Pinjaman Bank bagi mendapat 'End Financing' dari Institusi-institusi Kewangan secara Islam.
Disamping itu, KOPERAT juga mengambil pendekatan dengan memajukan Tanah Kerajaan secara bercampur iaitu 30% dari pembangunan projek adalah Rumah Teres Kos Rendah dan selebihnya Rumah Bercampur (Komersial) bagi menjana pendapatan yang lebih menguntungkan. Ini memandangkan keperluan terhadap perumahan kian memuncak khususnya untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat tidak kira golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.
 

Ke Atas

Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera

 


Terima Kasih
Sila Datang Lagi

 
MENU
 
 
PROFIL
 
 
 
 
 
 
INFO
 

Pendaftaran Projek :

1. Perumahan Bukit Kuang, Kemaman, Fasa 3B (Teres 1 Tingkat), Fasa 4B (Rumah Berkembar 1 Tingkat), Fasa 4B (Rumah Banglo 1 Tingkat), Fasa 5A (6 Kedai 1T & 4 Kedai Pejabat 2T), ; 2. Perumahan Banggol Peradong, Manir, Fasa 1D (Rumah Berkembar 1 Lapis), Fasa 1E (Rumah Berkembar 1 Lapis),  ; 3. Perumahan Jabi, Besut, Fasa III (Rumah Kedai 2 Tingkat) di Trg. Kini DIBUKA !!, Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Pemasaran No: 09 - 6173405 / 09 - 6176405 atau email kepada koperat96@gmail.com


PAUTAN
 
 
 
 
 
 
Kumpulan Syarikat Terengganu
Incorporated Sdn. Bhd.
 
 
 
 
Ahli REHDA
 
 
since 2009
HDA2450TG0042/09
 
 
MEDIA
 
 
 
 
 
 
PENGIKLANAN
 
 
 
 

Kesihatan Menjamin Kewangan : 1. Di Jemput menghadiri Seminar Kesihatan & Keusahawanan AVAIL di Kuala Terengganu pada setiap petang jumaat !!, Untuk keterangan lanjut sila hubungi Naim 019-9823405 atau email kepada keluargaavail@gmail.com

TARIKH KEMASKINI
 
22HB OGOS, 2017
~~ HAK CIPTA  (c) KOPERAT ~~
 
Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.